Tuesday, September 12, 2017

Pemandangan indah

Disinilan tempatku menghabiskan masa kecilku hingga ke hari ini....

Sang Kelulut

Beberapa bulanlepas,saya ada melawat satu tempat iaitu tempat penghasilan madu kelulut di kawasan kampung di Panchor,Kota Tinggi yang merupakan tempat bersejarah,di situ juga terdapat makam sultan Abdul Jalil Shah dan banyak sejarah lagi terpalit di kawasan tersebut.hari ini saya tidak ingin bercerita tentang sejarah tetap tentang uniknya madu kelulut.Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.
     Justeru, khasiat dan keistimewaan madu lebah kelulut yang tinggi telah mendorong encik Nizam untuk mencuba mencari pengalaman membela kelulut dari Kampung Panchor,
Menurut beliau, bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.
“Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam ‘tempayan’ dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang,”Harga sebotol madu tersebut boleh mencapai harga RM 50- RM100.

Dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang...,
kalau anda bijak bestari cubalh cari teka teki ini....

1)Jika ke kedai pergi berbelanja

Belikan saya sudu dan senduk

Jika pandai katakan ia

Semakin berisi semakin menunduk?

2)Pisau lipat dimainnya kera

Tangannya luka lalu terjun

Makan kuat tidak terkira

Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

3)Tuan puteri belajar menari

Tari diajar oleh Pak Harun

Kalau tuan bijak bestari

Apa yang naik tak pernah turun?

4)Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

TaK kEnAl MaKa tAk CiNtA

ASSALAMMUALAIKUM...salam perkenalan dri ciptaan maha ilahi

Pemandangan indah

Disinilan tempatku menghabiskan masa kecilku hingga ke hari ini....