Disinilan tempatku menghabiskan masa kecilku hingga ke hari ini....
Tuesday, September 12, 2017
Sang Kelulut
Beberapa bulanlepas,saya ada melawat satu tempat iaitu tempat penghasilan madu kelulut di kawasan kampung di Panchor,Kota Tinggi yang merupakan tempat bersejarah,di situ juga terdapat makam sultan Abdul Jalil Shah dan banyak sejarah lagi terpalit di kawasan tersebut.hari ini saya tidak ingin bercerita tentang sejarah tetap tentang uniknya madu kelulut.Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak
mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk
memulihkan pelbagai penyakit kronik.Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada
manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan
dan kesihatan.Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat
istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan
cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan
fermentasi.Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan
khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat
perubatan yang tinggi.Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan
tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok,
hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.
Justeru, khasiat dan keistimewaan madu lebah kelulut yang tinggi telah mendorong encik Nizam untuk mencuba mencari pengalaman membela kelulut dari Kampung Panchor,
Menurut beliau, bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.
Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam tempayan dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang,Harga sebotol madu tersebut boleh mencapai harga RM 50- RM100.

Dua tiga kucing berlari mana nak sama si kucing belang...,
kalau anda bijak bestari cubalh cari teka teki ini....
1)Jika ke kedai pergi berbelanja
2)Pisau lipat dimainnya kera
3)Tuan puteri belajar menari
4)Budak-budak bermain batu
kalau anda bijak bestari cubalh cari teka teki ini....
1)Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?
2)Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?
3)Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
4)Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pemandangan indah
Disinilan tempatku menghabiskan masa kecilku hingga ke hari ini....
-
Beberapa bulanlepas,saya ada melawat satu tempat iaitu tempat penghasilan madu kelulut di kawasan kampung di Panchor,Kota Tinggi yang merupa...
-
ASSALAMMUALAIKUM ...salam perkenalan dri ciptaan maha ilahi